Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

This tag board is currently empty.

Please type in the characters shown in the black box.

Sunday, March 9th 2008

2:52 AM

HARI BERSORAK SEOVER-OVERNYA

 HARI BERSORAK SEOVER-OVERNYA

8 MAC 2008. Hari Pilihanraya Umum ke-12. Dan, kali ke-7 aku keluar memangkah calon yang aku pilih. Pangkah orang yang aku pilih? Mengapa tidak ‘rait’ calon yang aku mahu wakili aku di Parlimen dan DUN? Kenapa pangkah? Bukankah pangkah itu biasanya pada yang kita tak hendak? Pangkah pada yang salah? Ah, kepelikan yang aku terpaksa akur.

Aku mula mengundi pada tahun 1982 dan 1986 di kawasan Parlimen Damansara, dan Parlimen Lembah Pantai setelah disempadankan semula pada tahun 1990, 1995, 1999 dan 2004. Pada tahun 2008 ini aku mengundi di kawasan kediamanku di Kelana Jaya untuk Parlimen Kelana Jaya dan DUN Seri Setia.

Calon aku untuk Parlimen Kelana Jaya ialah Lee Hwa Beng(BN), seorang calon yang punyai rekod cemerlang sebelum ini di DUN Subang Jaya selama tiga penggal. Namanya aku tak boleh lupa kerana namanya mengingatkan aku pada Lee Wah Bank, sebuah bank yang ini dah tak ada!

Lawannya ialah dua orang calon colourful tetapi yang boleh buat aku geleng kepala. Calon kedua ialah  Gwo-Burne Loh (PKR). Dia adalah orang yang ambil video VK Lingam. Dia tinggal di Shanghai, tak pandai cakap Melayu dan tak petah berbahasa Inggeris. Macam mana dia nak wakili aku di parlimen kerana dia perlu bercakap BM di parlimen? Aisey…

Calon ketiga ialah Billi Lim Peng Soon (Bebas). Dia motivator dan penulis buku Dare To Fail. Dia pernah bertanding di Parlimen Bukit Bintang pada pilihanraya sebelum ini. Berkepala botak, petah bercakap dan kelakar, dia boleh menambah kemeriahan parlimen pada sidang akan datang kalau dia menang. Tapi, alamak! Dia calon bebas. Kalau dia masuk mana-mana parti politik, aku boleh undi dia kalau calon yang satu lagi ‘tunggul bergerak.’

Calon aku untuk DUN Seri Setia ialah  Seripah Noli Syed Husin (BN). ku tak berapa kenal dia kecuali bila dia pernah berucap di hari penyampaian hadiah anak sulung aku ketika dia di tadika. Lawannya ialah  Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR). Aku tak kenal dia ni. Baru nampak muka dia.

Siapa yang aku akan undi? Sejak mengundi kali pertama pada tahun 1982, aku undi calon yang aku kenal. Calon yang aku pernah nampak di mana-mana bahan bacaan atau TV. Calon yang ada rekod perjuangan bila aku bandingkan manifesto masing-masing. Bukan calon yang baru nampak batang hidung di batang-batang pokok.

Walau apa pun, pada 8 Mac, aku akan pergi mengundi. Aku tak akan pakai baju hijau, baju biru, merah atau biru uniform budak sekolah perempuan. Aku akan pakai baju hitam atau coklat, dua warna kegemaran aku. Aku akan pergi bersama isteri. Anak-anak yang belum layak mengundi akan aku bawa agar mereka faham pentingnya demokrasi.

Setelah itu, kami sekeluarga akan berkereta ke serata pelosok Lembah Kelang untuk ambil gambar dan rasai suasana pilihanraya. Ya, hari ini isteri aku tutup kedai. Kami akan makan di mana-mana. Malamnya, kami akan berlingkar di depan TV sampai pagi untuk merekodkan keputusan pilihanraya yang mendebarkan.

Dan, aku akan bersorak seover-overnya di depan TV untuk meraikan kemenangan buat sekian kalinya…

0 Comment(s).

There are no comments to this entry.

Post New Comment

BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »

Please type in the characters shown in the black box.